Artikel : 

Apakah jenis kanser yang ada ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser adalah sel yang bercambah “di luar kawalan” (melawan Teknologi Fitrah) yang merbahaya kerana terdapat mutasi pada rantaian DNA. Secara fitrahnya, sel dapat mengesan dan membaik pulih rantaian DNA yang rosak. Namun, apabila berlaku kerosakan yang teruk kepada sel, sel rosak ini akan bercambah, membahagi dan merebak secara tidak normal menjadi sel kanser.

Kegagalan sistem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik, yang tersumbat pada dinding sel.

Kanser timbul disebabkan oleh beberapa faktor seperti mutasi, persekitaran, jangkitan bakteria dan virus, gaya hidup, dan rawatan.

Mutasi genetik boleh mengakibatkan kanser kerana gen ini menghalang jasad daripada mengawal dan membaik pulih rantaian DNA. Salinan mutasi genetik ini boleh dipindahkan secara genetik kepada generasi akan datang dan ini boleh mengakibatkan risiko mendapat kanser.

Kanser juga boleh timbul disebabkan persekitaran. Contohnya, sinaran ultra-lembayung yang boleh mengakibatkan kanser. Selain itu, bahan pencemar udara seperti jelaga, habuk kayu, asbestos, dan arsenik juga boleh menyumbang kepada kanser.

Terdapat beberapa mikrob dapat meningkatkan risiko kanser seperti H. pylori yang boleh mengakibatkan ulser perut dan kanser gastrik. Selain itu, jangkitan virus seperti virus Epstein-Barr (EBV), papilomavirus manusia (HPV), hepatitis B and C juga boleh mengakibatkan kanser.

Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh mencetus kepada kanser. Amalan diet yang tidak seimbang, tidak aktif, obesiti, pengambilan minuman beralkohol, merokok dan terdedah kepada bahan kimia dan toksin boleh meningkatkan risiko kanser.

Masalah psikologi seperti stres boleh mengakibatkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan sehingga mengurangkan sel pembunuh semula jadi. Pengurangan sel pembunuh semula jadi ini mengakibatkan keupayaan untuk memusnahkan sel kanser semakin berkurangan.  Selain itu, stres juga boleh meningkatkan risiko simptom yang berkait dengan kanser seperti makan berlebihan, merokok dan minum minuman beralkohol.

Selain itu, rawatan kanser seperti kemoterapi, radiasi dan penggunaan bahan kimia untuk menghalang kanser daripada merebak ke seluruh jasad juga boleh merosakkan sel sihat. Sel sihat yang rosak ini berkemungkinan menjadi sel kanser disebabkan oleh rawatan kanser yang agresif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat 10 jenis kanser tertinggi dihidapi rakyat Malaysia iaitu payudara, usus, paru-paru, limfoma, nasofarinks, leukimia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari. Berikut merupakan simptom umum kanser:

  • Demam.
  • Sakit.
  • Keletihan.
  • Perubahan kulit (kemerahan, jaundis, kegelapan).
  • Berat jasad bertambah dan menyusut.
  • Ketulan atau ketumbuhan.
  • Sukar menelan.
  • Kesukaran usus bergerak.
  • Batuk berterusan.
  • Sesak nafas.
  • Sakit dada.
  • Pendarahan berlebihan.

Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit. Longgokan toksin beracun ini sangat berbahaya kepada jasad jika dibiarkan kerana mampu merosakkan DNA, membunuh berjuta-juta sel sihat dan akhirnya menyebabkan kanser. Kerosakan rantaian DNA akan menyebabkan mutasi yang membawa kepada keabnormalan sel lalu membuatkannya membunuh diri sendiri (apoptosis) sebelum tamat tempoh hayatnya demi keseimbangan sel-sel sihat yang lain.

Allah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman), Maha Pemurah dan Maha Belas Kasihan sentiasa menaburkan kasih sayangnya kepada semua makhluk di atas muka bumi ini walaupun mereka tidak menyembah dan mengucapkan terima kasih pada-Nya. Meskipun ditakdirkan menghidapi kanser, ianya bukanlah satu pengakhiran. Berikhtiar dan berusaha dahulu dalam merawat penyakit yang dihidapi. Yakin bahawa setiap takdir yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi kerana Allah itu Tuhan Yang Maha Pengasih kepada semua ciptaan-Nya.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

Scroll to Top