Teknologi Fitrah
Fitrah ini adalah bagaimana asalnya sesuatu itu berlaku
Fitrah adalah teknologi ciptaan Allah SWT yang menghubungkan roh dalam setiap aspek kehidupan termasuklah penciptaan JASAD-JIWA-ROH manusia
Fitrah adalah teknologi ciptaan Allah SWT yang menghubungkan roh dalam setiap aspek kehidupan termasuklah penciptaan JASAD-JIWA-ROH manusia.
Teknologi Fitrah sistem enjin jasad manusia terbahagi
kepada tiga iaitu
Fitrah Roh
Sesungguhnya sejak azali lagi, roh sudah pun mengenali, mengakui dan menyaksikan ketuhanan penciptanya sebelum jasad diciptakan. Al-Quran telah menyatakan hakikat ini di mana Allah s.w.t telah mengambil penyaksian dengan bertanyakan roh di alam roh (sebelum jasad dijadikan) tentang ketuhanan-Nya lalu dijawab oleh roh dengan pengakuan, dan penyaksian terhadap ketuhanan pencipta mereka. Secara fitrahnya, kita akan sentiasa ingin kembali kepada Allah, pencipta kita. Hanya kepada Allah barulah kita dapat menemui kebahagiaan.
Fitrah Jiwa
Al-Quran menjelaskan fitrah jiwa manusia mempunyai dua sifat, sifat baik (mahmudah) dan sifat buruk (mazmumah). Jiwa manusia menjadi indah jika dipenuhi sifat mahmudah yang diteladani daripada Rasulullah. Sifat Mazmumah mampu membentuk memori beracun yang menjadi longgokan toksin dan menganggu sistem enjin jasad untuk berfungsi secara fitrah.
Fitrah Jasad
Fitrah ciptaan jasad Nabi Adam AS adalah daripada tanah. Dibuktikan dengan surah as-Sod (71) dan surah al-Hijr (28) menyatakan bahawa Allah menciptakan jasad Nabi Adam AS daripada pelbagai jenis tanah. Manakala ciptaan jasad keturunan Nabi Adam terdiri daripada setitis air mani yang hina sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 12 hingga 14 yang menyatakan proses lengkap kejadian manusia dilahirkan.
Mengikut Teknologi Fitrah, fokus gaya hidup diberikan kepada kesihatan JASAD-JIWA-ROH. Berbekalkan JASAD-JIWA-ROH yang sihat, barulah manusia ada tenaga tubuh untuk menajamkan minda serta menstabilkan psikologi.
Teknologi Fitrah manusia yang sebenar
- Fokus utama harus diberi terhadap pembangunan potensi manusia
- Keuntungan memerlukan produktiviti
- Produktiviti memerlukan manusia
- Manusia memerlukan kesihatan
- Kesihatan diperlukan oleh JASAD-JIWA-ROH
- DNA adalah magnet rezeki
- Manusia memerlukan 100 trillion DNA sihat untuk menarik rezeki yang banyak untuk mencapai impian dan matlamat
Generasi kini tidak mengusai ilmu potensi diri hingga sukar menangani cabaran kehidupan. Hidup yang melawan Teknologi Fitrah dan hukum alam adalah seumpama besi yang melawan tarikan magnet. Apabila kita melanggar fitrah kehidupan kita, sedikit sebanyak ia akan membuatkan jasad, jiwa dan ruh kita menjadi lemah.
Fokus gaya hidup moden yang keterlaluan dalam usaha mengejar wang, dengan mengutamakan produktiviti, pengalaman kerja serta kemahiran ilmu menjejaskan psikologi kemanusiaan. Akhirnya, ia mengakibatkan penyakit JASAD-JIWA-ROH.
Gaya hidup moden lebih menjurus lepada budaya 3F (Food, Fun & Fashion) yang hanya bertunjangkan nafsu semata-mata. Menjadikan manusia leka dengan hiburan semasa dan semakin jauh daripada fitrah.
Penghidap penyakit kronik akan menjejaskan produktiviti organisasi dan perniagaan melalui kekerapan cuti perubatan, kemasukan ke hospital, cuti pemulihan dan sebagainya.
Gaya Hidup Fitrah menjadikan JASAD-JIWA-ROH kita bertambah sihat di samping kita berjaya di dunia dan di akhirat
JASAD-JIWA-ROH mereka menderita. Ini membawa kepada perubahan tindakbalas kimia darah yang menghasilkan tekanan dan kelesuan.
Seterusnya menghasilkan tahap tenaga yang rendah, mempengaruhi psikologi (pengalaman perubahan perasaan), sehingga menganggu cara komunikasi, kerja berpasukan dan produktiviti seterusnya menyebabkan kemurungan.
Perubahan kimia darah yang tidak sihat juga memusnahkan jutaan sel otak yang menjejaskan kemampuan pemikiran kritikal serta kreatif, melumpuhkan sistem imun badan seterusnya menghasilkan penyakit-penyakit kronik.
Dengan doa, ikhtiar dan tawakkal, Insya-Allah kami boleh mengembalikan nikmat hidup
Siapa ISW
Siapa ISW
Maecenas nec velit vitae orci iaculis venenatis sed id felis. Suspendisse potenti. Nunc et lorem fermentum, molestie nunc sit amet, vulputate sapien.
Maecenas nec velit vitae orci iaculis venenatis sed id felis. Suspendisse potenti. Nunc et lorem fermentum, molestie nunc sit amet, vulputate sapien.
Lokasi ISW
Hubungi ISW
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
SOAL JAWAB MENGENAI IBNU SINA WELLNESS
siapakah ATAU Apakah IBNU SINA WELLNESS
Ibnu Sina Wellness merupakan pusat rawatan berdasarkan ilmu perubatan dari Ibnu Sina, Bapa Perubatan Moden. Ditubuhkan pada 2015, Ibnu Sina Wellness adalah peneraju pusat rawatan holistik sains Islam yang unggul di rantau Asia.
Ibnu Sina merupakan tokoh ilmuwan Islam yang telah menemui kod rahsia perubatan yang berasaskan al-Quran dan hadis. Sumbangan terbesar Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah Kanun Perubatan (Qanun Fi-Tibb) dan telah diterjemah kepada pelbagai bahasa.
Siapakah Perawat di Ibnu Sina Wellness?
Hakeema Rozainah dan Hakeem Ahmad Musa merupakan perawat di Ibnu Sina Wellness yang diijazahkan ilmu perubatan Ibnu Sina daripada syeikh-syeikh bersanad dengan bimbingan hakeem-hakeem bertauliah.
Apakah kaedah rawatan di Ibnu Sina Wellness?
Ibnu Sina Wellness menawarkan rawatan Overhaul Body, TANPA KIMIA-TANPA BEDATANPA RADIASI untuk mengembalikan sistem enjin jasad agar berfungsi mengikut Teknologi Fitrah.
Bolehkah Ibnu Sina Wellness merawat penyakit yang lain selain kanser?
Ibnu Sina Wellness menawarkan rawatan kepada semua penyakit yang boleh dicegah dan berpeluang untuk disembuhkan kecuali sihir, santau, gangguan halus, saka, terseliuh atau patah tulang, Slip Disc, semua jenis jangkitan virus dan bakteria berbahaya (Virus Corona/Tibi) serta penyakit yang terlalu kronik (Kanser Darah/Kanser Paru-Paru)